Tarikan dan Cabaran Buat Penyelam Skuba

Perkataan ‘lintah’ bukanlah sesuatu yang enak didengari bagi kebanyakan individu,, lebih-lebih lagi pada mereka yang fobia dengan spesis penghisap darah ini. Namun begitu, bagi kebanyakan penyelam scuba, perkataan lintah...
1

Perkataan ‘lintah’ bukanlah sesuatu yang enak didengari bagi kebanyakan individu,, lebih-lebih lagi pada mereka yang fobia dengan spesis penghisap darah ini. Namun begitu, bagi kebanyakan penyelam scuba, perkataan lintah bulan laut, atau dalam bahasa Inggerisnya, nudibranch atau sea slug,merupakan organisma yang mempunyai peminat tersendiri, terutamanya di kalangan penyelam skuba yang gemarkan makro-fotografi. Lintah bulan laut tergolong di dalam kumpulan moluska, (kumpulan haiwan yang bercangkerang yang hidup di dalam air atau kawasan yg lembab). Namun begitu, hampir semua lintah bulan laut tidak mempunyai cangkerang dan semuanya mempunyai badan lembut yang tidak bersegmen. Haiwan ini juga tergolong dalam kumpulan yang sama dengan jenis-jenis siput, sotong dan kupang. Apa yang membuatkan haiwan perayap ini digemari kebanyakan penyelam skuba? Dan apa pula tarikan dan cabaran buat penyelam skuba untuk bertemu organisma istimewa ini? Sebenarnya, lintah bulan laut merupakan organisma yang mempunyai warna, bentuk dan corak yang sangat menarik. Kepelbagaian variasi organisma ini merupakan faktor utama yang menjadi tarikan buat para penggemar makro-fotografi. Seringkali golongan ini menjadikan haiwan ini sebagai subjek  utama untuk mengasah skil fotografi dasar laut mereka.

Categories
Culture
advertisment